Selepas membaca Ummul Kitab, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas dan dikuti istighfar dan tahlil maka tutupi dengan doa berikut:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Berkuasa Maha Penyayang
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Segala puji bagi Allah penguasa alam semesta
يَارَبَّنَالَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
Wahai Tuhan kami, pujian hanyalah untuk-Mu, sebagaimana yang selayaknya dengan kemuliaan Dzat-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu
اَللهُمَّ تَقَبَّلْ وَاَوْصِلْ ثَوَابَ مَاقَرَأْنَاهُ مِنَ الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ
Allahumma, terimalah dan sampaikanlah pahala apa-apa bacaan yang kami baca dari bacaan yang agung
وَمَا هَلَّلْنَا وَمَا سَبَّحْنَا وَمَااسْتَغْفَرْنَا
dan tahlil kami, tasbih kami, istighfar kami
خُصُوْصًا اِلَى آبَآءِنَا وَاُمَّهَاتِنَا وَاَجْدَادِنَا وَجَدَّاتِنَا
Khusus buat bapa-bapa dan ibu-ibu kami dan nenek moyang kami
وَنَخُصُّ خُصُوْصًا مَنِ اجْتَمَعْنَاههُنَا بِسَبَبِه وَلِاَجْلِه
dan terkhusus lagi kepada orang yang menyebabkan kami berkumpul di sini (sekiranya ada penganjur majlis/tuan rumah/host)
ثُمَّ اِلى جَمِيْعِ اَهْلِ الْقُبُوْرِ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
kemudiannya kepada seluruh ahli kubur dari kalangan muslimin dan muslimat dan mukminin dan mukminat
مِنْ مَشَارِقِ اْلاَرْضِ اِلَى مَغَارِبِهَا بَرِّهَا وَبَحْرِهَا
dari timur hingga barat samaada daratan atau lautan
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُم
Allahumma, ampunilah mereka dan kasihanilah mereka dan sejahterakan mereka dan maafi mereka
اَللهُمَّ اَرِنَاالْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَااتِّبَاعَهُ
Allahumma perlihatkan kami akan kebenaran dan anugerahkan kami keupayaan untuk mengikutinya
وَاَرِنَاالْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ
Allahumma perlihatkan kami akan kebatilan dan anugerahkan kami keupayaan untuk menjauhinya
رَبَّنَا اَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat, serta jauhkanlah kami dari siksa api neraka
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
Masa suci Tuhanmu, Tuhan pemilik kemuliaan, dari sifat-sifat (kekurangan) yang mereka berikan.
وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
dan Salaam keatas Al-Mursalin, dan segala puji bagi Allah penguasa alam semesta.